top of page
Image by Hans Reniers

About Us

How We Started

How We Got Started

Sudah bertahun-tahun terlibat sebagai professional didalam industri kesihatan, saya seringkali terlibat bersama dengan doktor dari pelbagai bidang yang mengkaji dan membincangkan mengenai fisiologi manusia, ubat-ubatan dan penyakit.


Tanggungjawab saya adalah untuk memberikan garis panduan dan cadangan professional, memastikan alatan berfungsi dan ada ditempat yang betul. Sekiranya protokol kecemasan diperlukan, saya perlu bersedia, bertindak pantas dan fokus pada setiap perincian untuk mengelakkan pencemaran bakteria dan jangkitan tak diingini daripada berlaku. 


Diimbas semula tahun 2014, saya menceburi industri kecantikan dan memulakan perniagaan saya sendiri. Tak disangka saya berjaya memperoleh hak pengedaran SnailWhite daripada NAMU life yang mana merupakan syarikat terkemuka di Thailand. Ketika itu, jenama ni baru je berusia  3 tahun pada tahun 2017 tetapi dah tersenarai dalam jualan global tahunan mencecah RM200 juta. 


Produk tersebut diedarkan secara digital dan dalam setahun sahaja dah berjaya masuk salah satu farmasi terkenal Malaysia iaitu Caring Pharmacy Group. Dengan penjualan di e-commerce yang laris dan tersedia lebih di 60 Caring Farmasi seluruh negara, jualan bulanan berjaya mencatatkan 50,000 produk terjual.


Ketika perniagaan saya pada tahap klimaks, saya mula sedar yang saya sangat-sangat perlukan sokongan daripada pakar untuk bawa saya lebih jauh. Tapi saya langsung tak menerima sebarang bentuk sokongan dan nasihat semasa membentuk jenama tersebut. Saya rasa dikhianati, dipinggirkan dan ditipu. Kerjasama pengedar mega dengan SASA yang hampir terjadi pun pun begitu sahaja.


Saya mula hilang arah tuju dan perasaan nak putus asa sangat membuak di dalam hati. Saya belajar dari pengalaman yang pahit, yang telah mengajar saya sokongan kukuh dari pembekal yang saya pilih merupakan asas paling penting. Apa yang lagi menyedihkan adalah bila saya mula disiram dengan komen negatif dari orang sekeliling. Seringkali saya mendengar orang cakap saya tak mungkin pergi jauh hanya kerana saya seorang wanita. 


Setiap kesilapan menjadi pengajaran buat saya, pengalaman yang bermakna yang buat saya lebih kuat dan lebih bijak. Dalam hidup ni kan ada menang dan kalah. Saya kembali bangun dan mengumpul semangat untuk perjuangan seterusnya. Prinsip saya “what does not kill you will only make you stronger”.


Saya beruntung mengenali Dr J, rakan kongsi yang berkongsi visi sama dengan saya. Kali Ni saya betul-betul nekad untuk berjaya dan membuktikan semua kritikan yang dilontarkan kepada saya adalah salah. Saya dan Dr J berganding bahu dan memikirkan beberapa cadangan untuk menghasilkan produk yang dapat memberi manfaat pada tubuh manusia. Kami sedar yang pengilang yang diyakini sangat sikit dan banyak kekurangan. Kurang dalam pengetahuan fisiologi manusia dan cabaran utama pengilang ini adalah ianya agak susah apabila mereka nak wujudkan faedah produk dan kesannya kepada tubuh badan manusia. 



Tambahan lagi, masalah lebih besar bila mereka tak tahu bagaimana nak berikan nasihat dari segi pemasaran untuk produk dicadangkan. Pertanyaan saya dari segi bahan produk selalu diabaikan dan paling saya geram bila ada pihak yang cuba untuk menipu saya dengan memberikan maklumat salah. Saya sangat kecewa. Saya mula berfikir “Adakah saya je yang terkena?, atau masih ramai founder diluar sana senasib dengan saya?,  tertipu dengan kualiti produk dan tak berikan sokongan selepas jualan. 


Saya mula kaji tentang pengilangan produk, keperluan peraturan, sijil Halal dan standardnya. Saya belajar secara mendalam mengenai standard Halal yang meletakkan produk pada tahap suci, bersih dan kualiti terbaik yang mana pengilang perlu amalkan untuk mengeluarkan produk untuk penggunaan manusia.


Pada tahun 2020, bersama co-founder Dr J, lahirlah ODM GURU. Kami disokong oleh team farmasi kami untuk menghasilkan formulasi. Dalam masa setahun, kami berjaya membimbing 15 Founder untuk menghasilkan 32 produk kesihatan. Sokongan dari team Marketing kami mampu membawa mereka masuk ke pasaran antarabangsa antaranya Taiwan, Hong Kong, Indonesia dan Thailand. Kejayaan mereka merupakan pemangkin utama kami untuk membawa jenama ODM Guru yang yakin untuk tidak menjejaskan standard kualiti tinggi dari segi perkhidmatan dan kualiti produk.

bottom of page